Jururawat dilatih ambil spesimen kes dera, rogol

rogol

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan melatih petugas kesihatan di kawasan luar bandar termasuk bidan dan jururawat desa cara-cara mengambil spesimen daripada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata, langkah itu bagi menampung keperluan mendapatkan spesimen daripada mangsa kes dera dan rogol mengikut prosedur yang ditetapkan kementerian itu.

“Kawasan pedalaman tidak mempunyai Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) seperti yang terdapat di hospital kerajaan. Mangsa di kawasan luar bandar perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan spesimen itu di pusat berkenaan – Kosmo Online

*Gambar hiasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>