Kampung terpilih di Sabah dikenal pasti pasang Wi-Fi

KOTA KINABALU: Perkhidmatan Wi-Fi di kampung terpilih sedang dalam peringkat mengenal pasti tapak sesuai.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid, berkata proses itu sedang dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan membabitkan sekurang-kurangnya dua kampung di setiap kawasan Parlimen.

“Program Pusat Jalur Lebar Komuniti atau PJK-ke-rumah juga akan disediakan dengan kemudahan Wi-Fi,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Bujang (BN-Sindumin) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.Beliau juga berkata, kemudahan Wi-Fi di bawah program itu boleh dicapai oleh rumah berhampiran.

Sementara itu, Jainab berkata bilangan pengguna telefon bimbit di Sabah kini mencecah 3.1 juta sehingga bulan lalu.

Beliau berkata, angka itu diperoehi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. – BERNAMA

Berita-harian.Net:Harap sangat Wifi di pasang di kampung kami…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Recent Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>