Gambar Farah Nurizzati Salleh Mengaku Kekasih Shahz Jaszle

Gambar Farah Nurizzati Salleh mengaku kekasih kepada Shahz Jaszle. Pada  20 Jun 2013, telah berlaku pertemuan antara Farah dan Shahz Jaszle di sebuah restoran di Bangsar untuk sesi temubual dengan pihak media mengenai kontroversi mereka. Pada sesi temubual tersebut, Farah berkeras bahawa dia dan Shah sudah sebulan bergelar kekasih dan Shah sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.

shahz

Biodata Farah Nurizzati Salleh

Nama : Farah
Umur : 21 tahun
Alamat : Subang, Selangor
Pekerjaan : Sektor perbankan
Penglibatan lakonan : Drama Lembayung Kasihmu
Tarikh ditangkap khalwat : 16 Mei 2013
Hubungan cinta : Bercinta selama sebulan dengan Shahz Jaszle

Farah Nurizzati Salleh  Farah Nurizzati Salleh

Gambar dan pengakuan perempuan yang ditangkap khalwat

Penjelasan Sebenar Farah Nurizzati Salleh

“Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya,” kata Farah yang tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

“Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shahrizal dipetik dari laporan berkenaan.

Shah dan Farah dicekup JAIS pada 16 Mei lalu jam 3 pagi di Apartment Taman Sri Subang. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sehingga kini kedua-dua pihak masih menunggu keputusan mahkamah berkenaan kes khalwat mereka. Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri juga dilaporkan sudah putus tunang. Bagaimanapun dalam satu kenyataan lain, ibu Shahrizal menegaskan ikatan pertunangan anaknya itu masih sah sehingga keputusan kes khalwat diumumkan.

farah ditemubual

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>