Kisah Sebenar Kes Khalwat Tasha Shila Dan Mahali Jasuli

Tasha Shilla seksiPelakon jelita, Tasha Shilla terkejut apabila mendapat tahu berita yang mendakwa dia dan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli ditangkap khalwat baru-baru ini.

“Saya terkejut bila dapat tahu gosip saya dan Mahali ditangkap khalwat seperti yang disebarkan pihak tertentu. Saya dapat tahu khabar angin itu bila ada peminat yang bertanya sendiri kesahihan mengenai gosip tersebut di Twitter,” katanya .

Namun pelakon berusia 26 tahun itu enggan ambil peduli kerana tahu cerita itu tidak betul dan ada orang yang cuba mengada-adakan cerita untuk menjejaskan nama baiknya dan keluarga.

“Saya beritahu Mahali, mengenai gosip itu, tetapi sebaliknya dia berasa simpati bila nama saya dikaitkan dengan itu.

“Kenapa mereka tidak bertanya sendiri dengan pejabat agama sama ada betul atau tidak saya dan Mahali yang ditangkap khalwat.

“Nasib baik keluarga saya faham dan tahu di mana saya berada ketika itu. Terus-terang, setiap kali habis penggambaran, saya terus balik rumah untuk bersama keluarga.”

Dalam pada itu, Tasha enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Mahali kerana tidak mahu hubungan mereka disensasikan hingga boleh menjejaskan prestasi bola sepaknya.

“Pada masa sama, Mahali masih muda, baru 23 tahun. Dia ada misi untuk meningkatkan lagi kariernya itu. Justeru, saya tidak boleh terima bila orang menuduh saya antara menjadi punca prestasinya menurun.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>