Sinopsis Drama Bersiri Julia TV3

WANG & HARTA MENJADI PAKSI CINTA DALAM JULIA

Apalah erti budi kalau ingin dihargai, apalah erti pengorbanan kalau inginkan balasan, apalah erti sahabat sejati kalau tiada keikhlasan di hati. Istimewa buat peminat drama TV3, dua buah slot popular iaitu Akasia dan Azalea tampil dengan drama baru iaitu ‘JULIA’ dan ‘DARJAT’.

Menyusuli drama bersiri ‘Kau Yang Terindah’ di slot Akasia, saksikan sebuah lagi drama siri hebat, ‘Julia’ yang telah pun mula menemui penonton pada 24 September 2012 lalu membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Fizo Omar, Nabila Huda, Izreen Azminda, Azlee Khairi dan . Hasil sentuhan sutradata Jamal Khan di bawah penerbitan Primeworks Studios dan skrip oleh Sofia J Rhyland ini menyentuh tentang kekuatan sebuah janji sepasang kekasih Julia dan Amir yang akhirnya dikhianati oleh si gadis setelah 8 tahun mereka bersama. Namun setelah berkahwin dengan Azwan, Julia menyesali tindakan bodohnya kerana menyedari yang hatinya masih rindukan Amir.

Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3

Sinopsis Drama Bersiri Julia di Slot Akasia TV3

Drama 28 episod ini mengisahkan cinta tragis di antara Julia dan Amir yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir (Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda).

Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan memenuhi impiannya.

Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya.

Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya.

Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir? Di antara Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir? Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan drama bersiri JULIA di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang hanya di TV3!

Penonton yang terlepas menyaksikan ‘JULIA’ & ‘DARJAT’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Lihat semua gambar pelakon disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>