MADRID: Valencia akan bertemu Barcelona pada penentuan separuh akhir kejohanan Piala Sepanyol selepas menang 3-0 ke atas Levante pada suku akhir kedua, awal pagi tadi.
Valencia mara ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 7-1 manakala semalam Barca menang agregat 4-3 ke atas Madrid.
Satu lagi pertemuan separuh akhir membabitkan kelab divisyen ketiga, Mirandes dengan Athletic Bilbao. Mirandes sebelum ini mengejutkan Espanyol pada suku akhir. – AFP