(Gambar) cara buat durian crepe

Secara jujur admin tidak tahu akan kewujudan durian crepe ni, masa singgah di blog Zulkbo tadi, terbaca pula pasal durian crepe iaitu snek terbaru yang tengah hot sekarang ni. Teringin juga merasa durian crepe ni tapi tak tahu nak beli kat mana. Kat area saya belum ada orang jual snek ni.

Bagaimana cara buat duarian crepe ni?

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT ( 30 biji)
  • 250gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa, yang selalu orang buat warna hijau atau kuning telur)
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme
  • Isi durian yang telah dilenyek

CARA- CARA MEMBUAT DURIAN CREPE

 

Campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit Durian Crepe ini, kemudian blender dan tapis.


Panaskan kuali non-stik pan dengan api yang kecil. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. Tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.


Pukul  Non Dairy Whipping Creme sehingga sebati. Kalau tak faham macam mana nak buat, boleh ke LINK ini.


Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.


Akhir sekali lipat dan simpan di dalam peti sejuk. Telah sedia untuk dimakan, yum..yum.

 

One thought on “(Gambar) cara buat durian crepe

  1. Pingback: cara buat durian crepe bergambar | Apesal.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>