Gambar Pancuran Meteor Perseid 12 & 13 Ogos Malaysia

Fenomena hujan meteor atau tahi bintang boleh dilihat pada 12 dan 13 Ogos 2013 di Malaysia. Pancuran Meteor Perseid daripada buruj Perseus adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. Waktu paling terbaik untuk melihat fenomena ini pada pukul 11.00 Malam 12 ogos (Isnin) hingga subuh 13 ogos (Selasa).

hujan meteor

Tarikh Fenomena Hujan Meteor 2013

Tarikh: 12 Dan 13 Ogos 2013

Masa: 11.00 Malam 12 Ogos (Isnin) hingga Subuh 13 Ogos 2013 ( Selasa)

Gambar Fenomena Hujan Meteor 2013 Di Malaysia

Lokasi: Pantai Punggur, Batu Pahat Johor

Kredit: Photographer Adhadi Mohd

meteor

meteor

gambar hujan meteor malaysia 12 ogosgambar hujan meteor malaysia

hujan meteor malaysia

hujan meteor malaysia 3

hujan meteor malaysia 2

Gambar Hujan Meteor Di Limbang Sarawak

limbang sarawak

Live Streaming Hujan Meteor 2013

Punca Fenomena Hujan Meteor

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar. Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.

Sumber : Melvister.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>