Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Sebelum PRU 13 Penggal 2011/2012

Assalamualaikum. Aku nak bagitau tentang kemungkinan yang amat besar, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan abang Najib akan mengumumkan kenaikan gaji SEMUA (tak kisah la korang doktor ke, jururawat ke, jurutera ke, cikgu ke, ustaz ke, pensyarah ke, penyelidik ke) kakitangan awam kerajaan sebelum pilihanraya umum ke 13 berlaku. Pengumuman itu akan dibuat pada 7 Oktober 2011 sebelum tarikh PRU 13 (LINK). Khabar berita baik ini telah disahkan oleh kenalan aku di Jabatan Perdana Menteri. Tapi berapa kenaikan gaji tu masih dalam peringkat kajian dan aku pun tak berapa tahu lagi. Dengar-dengarnya, pendapat pertama ialah kenaikan gaji kakitangan awam ini adalah sebanyak 10%-15% dari gaji pokok. Pendapat kedua, kenaikan gaji kakitangan awam ini adalah sebanyak 15% dari gaji pokok tetapi ada elaun yang akan dipotong. Pendapat ketiga, kenaikan gaji kakitangan awam adalah sebanyak 10% dari gaji pokok kakitangan awam. Pendapat terakhir ialah kenaikan gaji kakitangan atau penjawat awam yang bakal diumum oleh abang Najib adalah sebanyak 7% (ni Ketua Pengarah aku yang cakap sebab dia ada kawan-kawan di peringkat bos-bos Ketua Pengarah lain huhu). Berita perincian tentang ulasan abang Najib tentang isu ni ada di bawah. P/S: Syukur kepada Allah, dengan kenaikan gaji ini, insyaAllah dapat la kita tingkatkan sumbangan zakat kita kepada ummah dan menjauhkan diri kita dari sikap meminta-minta atau meminjam.

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib Naik Gaji Kerajaan

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Sumber:MelayukiniMalaysian Insider

 

One thought on “Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Sebelum PRU 13 Penggal 2011/2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>