Program 6P tetap berakhir Sabtu: KDN

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang melanjutkan tempoh untuk memutihkan Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) selepas tarikh akhir proses pemutihan Sabtu ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata kerajaan sudah memberikan tempoh sejak 10 Oktober lalu untuk mereka berurusan di lapan pusat pemutihan yang disediakan di beberapa negeri.

Bagaimanapun beliau berkata majikan yang sedang menunggu kelulusan dokumen/pasport daripada kedutaan yang dijangka siap selepas Sabtu ini akan dibenarkan berurusan terus dengan pusat pemutihan selepas menerima dokumen itu untuk proses selanjutnya.

“Difahamkan, ada kelambatan dalam proses mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan. Jadi ada sedikit masalah dihadapi majikan. Walaupun selepas 10 Januari ini, kita masih meneruskan proses 6P untuk mereka dengan syarat mereka mendaftar terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat setempat Program 6P di Dewan Serbaguna Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Imigresen, Datuk Alwi Ibrahim.

Lee berkata, sehingga hari ini seramai 133,156 pekerja/PATI daripada 16,680 majikan telah diputihkan dengan angka tertinggi dicatatkan di pusat setempat Jabatan Imigresen Putrajaya iaitu 13,387 majikan bagi memutihkan 118,457 pekerja/PATI.

Lee berkata, Kompleks KDN di Seberang Jaya, Pulau Pinang menerima permohonan daripada 1,325 majikan untuk memutihkan 4,759 orang diikuti Kompleks KDN Johor Baharu, Johor dengan permohonan 1,022 majikan bagi pemutihan 4,583 orang.

Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya menerima permohonan 530 majikan untuk pemutihan 2,760 orang, Jabatan Imigresen Presint 15 (167 majikan, 1,407 orang), Kompleks KDN Jalan Duta (175 majikan, 943 orang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang dengan permohonan 60 majikan untuk pemutihan 208 pekerja/PATI.

Sementara itu, pusat pemutihan terbaru di Kompleks Mini KDN Kuantan, Pahang yang mula beroperasi semalam sudah menerima permohonan 14 majikan untuk memutihkan 39 PATI. – BERNAMA

Lebih 128,000 pendatang asing diputihkan di bawah 6P sehingga hari ini

PUTRAJAYA: Sejak 10 Oktober lalu sehingga hari ini, seramai 128,373 pekerja/pendatang asing tanpa izin diputihkan menerusi Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata angka itu membabitkan 15,589 majikan.

Daripada jumlah itu, Jabatan Imigresen Putrajaya merekodkan permohonan tertinggi daripada majikan iaitu 13,031 bagi memutihkan 116,018 pekerja/pendatang tanpa izin, katanya dalam kenyataan, di sini.

Mahmood berkata Kompleks KDN di Seberang Jaya, Pulau Pinang menerima permohonan daripada 1,021 majikan untuk memutihkan 4,209 orang diikuti Kompleks KDN Johor Bahru, Johor dengan permohonan 907 majikan bagi pemutihan 4,073 orang.

“Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya menerima permohonan 322 majikan untuk pemutihan 1,871 orang, Jabatan Imigresen Presint 15 (125 majikan, 1,356 orang), Kompleks KDN Jalan Duta (162 majikan, 783 orang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang dengan permohonan 30 majikan untuk pemutihan 63 pekerja/pendatang tanpa izin,” katanya.

“Pada masa sama, satu lagi pusat setempat mula beroperasi hari ini di Kompleks KDN Kuantan, Pahang sebagai pilihan kepada majikan di negeri itu selain di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Dalam pada itu, sehingga hari ini seramai 73,675 pendatang tanpa izin yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah 6P telah keluar dari negara ini dengan jumlah tertinggi adalah dari Indonesia iaitu 49,642 orang, diikuti India (5,401), Myanmar (3,167), Kemboja (2,684), Nepal (3,829), Filipina (1,244), Bangladesh (2,663), Vietnam (1,443), Sri Lanka (908), Pakistan (1,601)dan China (584).

Daripada jumlah itu seramai 54,696 keluar dari negara ini menggunakan pengangkutan udara, 18,788 memilih jalan laut dan 191 lagi menggunakanlaluan darat. – BERNAMA

Program 6P: 3,886 pendatang, 106 majikan kena tindakan

KUALA LUMPUR: Seramai 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen dikenakan pelbagai tindakan.

Mereka adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata berdasarkan statistik itu 823 pendatang tanpa izin dan empat majikan didakwa di mahkamah, 580 pendatang tanpa izin diusir dari negara ini, 257 pendatang tanpa izin dan 24 majikan dikenakan kompaun dan 1,452 pendatang tanpa izin serta 52 majikan masih dalam siasatan.

“Sehingga hari ini jumlah pendatang tanpa izin yang melalui proses pemutihan dan pengampunan ialah 341,956 orang, manakala 26,760 majikan hadir di lapan pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, angka paling tinggi dicatatkan pusat setempat ialah Jabatan Imigresen Putrajaya dengan 15,391 permohonan majikan bagi pemutihan 126,960 pendatang tanpa izin, diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan, 11,057 pendatang tanpa izin), Kompleks KDN Johor Baharu (2,122 majikan, 8,928 pendatang tanpa izin).

Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065 pendatang), Kompleks KDN Jalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065 pendatang), Kompleks KDN Jalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 pendatang).

KDN memulakan proses penguatkuasaan Proses Pemutihan di bawah program 6P pada 10 Okt 2011 hingga 10 Januari lalu. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Switch to our mobile site