C. Ronaldo Kecewa!

PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo kecewa dengan keputusan bekas rakan sepasukannya, Mesut Ozil yang berpindah ke Arsenal musim ini.

Menganggap Ozil antara pemain yang paling memahami pergerakannya semasa di padang, Ronaldo berkata, keputusan pemain berusia 24 tahun itu akan memberi kesan kepada pasukan khususnya.

“Pemergian Ozil ke Arsenal satu berita buruk bagi saya. Dia adalah pemain yang sangat tahu pergerakan saya.

“Kami sangat serasi semasa di atas padang, keputusan ini memang mengecewakan,” kata Ronaldo.

Kelmarin, Ozil menjadi pemain kedua termahal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila The Gunners melengkapkan perpindahan senarai pemain dengan mengikat pemain tengah Real Madrid itu dengan bayaran (RM216 juta) – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>