Ahmad Dhani sanggup temankan anak dijel

dhani-dulJakarta: Anak lelaki Ahmad Dhani, Dul diburu kebimbangan sejak dibenarkan pulang dari hospital. Dia bimbang dirinya bakal ditahan di penjara.

Bagaimanapun, Ahmad Dhani meyakinkan anak lelakinya itu yang dia akan menemani Dul jika remaja terbabit benar-benar dipenjarakan. “Saya memberitahunya tidak perlu bimbang kerana jika dia benar-benar ditahan di penjara, saya akan pergi ke penjara setiap hari,” katanya ketika ditemui di Hospital Pondok Indah kelmarin.

Ketika ditanya apakah reaksi Dul selepas mendengar kata-katanya itu, Dhani memberitahu anaknya hanya termenung dan terdiam. Sebagai bapa, Dhani cuba membuat Dul faham yang dia perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Katanya, kemalangan itu bukan saja satu musibah tetapi juga terjadi kerana kesalahan diri sendiri.

“Saya memberitahu Dul yang dia perlu memahami kejadian itu bukan saja satu malapetaka tetapi ia berlaku kerana kesilapan kita juga,” katanya. – Agensi